TADABBUR SURAH AL-MASAD

Assalamua'laikum semua. 

Alhamdulillah berjumpa lagi kita. Kali ni saya nak menunaikan janji perkongsian aktiviti tadabbur surah Al-Masad sempena dengan bulan kelahiran kekasih yang dirindui, Nabi Muhammad SAW.

Selalunya jika pada sambutan maulid nabi, banyak aktiviti berkaitan Rasulullah dilakukan. Sunnahnya, kisah sirahnya, peribadinya. Tapi kali ni saya mengambil pendekatan meraikan maulid Rasulullah dengan mengajak anak-anak mengenali musuh baginda iaitu Abu Lahab yang mana bapa saudara baginda sendiri. 
Kenapa nak tahu tentang musuh Rasulullah pula?
Supaya kita dapat mengajar anak-anak dalam proses dakwah, menegakkan agama akan ada ujian yang datang dari manusia lain. Ada nya tentangan dan halangan. Yang kadang kala dari ahli keluarga kita sendiri. 

Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah kami lakukan bersama. Semoga bermanfaat semua.

1) Membaca surah Al-Masad berserta terjemahan dan mengetahui Asbabul Nuzul (mengapa surah ini diturunkan) dan pengajaran (ibrah) disebalik surah ini.
Aktiviti ini kami lakukan dengan menggunakan Ensiklopedia Juz Amma. Jika sahabat semua ada Juz Amma Al-Quran Pertamaku lebih baik pengisiannya, In Sha Allah.
Oh ye.. Surah Al-Masad juga dikenali sebagai Surah Al-Lahab disebahagian Al-Quran.

( In sha Allah, tengah siapkan juga nota ringkasan dan ibrah surah. komputer merajuk sat)


2) Melakar mind-map (peta lukisan) Surah Al-Masad
Tujuan mind map ini adalah untuk membantu proses menghafaz dan mengingati maksud ayat-ayat dalam surah ini. Ini contoh mind-map yang saya dah lakarkan. In Sha Allah sahabat semua boleh buat lebih baik. Saya tak reti nak doodle comel-comel walaupun saya memang comel orangnya.hihi





3) Menonton video kisah Abu Lahab. 
Amnya, Amirah telah mengetahui tentang Abu Lahab melalui video kisah Muhammad. Jadi kali ni saya memilih video khusus kisah surah Al-Masad untuk mengenali Abu Lahab & isterinya Ummu Jameel dengan lebih dekat. sahabat semua boleh lihat bersama video ini di Youtube.





4) Aktiviti ulangkaji mengingati dan memahami surah
Aktiviti ni kami buat pada hari berikutnya. Selain tasmik bacaan, boleh kukuhkan dengan melakukan aktiviti pada worksheet ni. Ringkas je aktivitinya. Tapi masih mementingkan aktiviti motor dilakukan sepeti menggunting, menampal, menyurih dan menggaris.
Sahabat semua boleh download worksheetnya disini.



5) Jom Kraf!
Tak syok la kan kalau buat aktiviti dengan anak-anak takde aktiviti kraf atau sains. Aktiviti sains?? Emm...macam takde idea je.
So, ibu pun come-out dengan idea kraf buat buku cerita interaktif. 2in1, pop-up dan mini puppet.
Maka inilah hasilnya...

puppet tu boleh gerak-gerakkan masa bercerita

bahagian belakang amirah tulis cerita. senang nak tengok masa bercerita katanya.hihi

ni versi ibu punya. boleh guna pop-up book ni utk cerita kisah Nabi SAW yg lain juga




Errrkkk..faham ke cara nak buat nya? kalau tak faham sila tinggalkan komen ye. Jika ramai tak faham nanti saya buatkan satu entri khas cara buat pop-up book + mini puppet ni.

Alhamdulillah...itulah serba sedikit aktiviti yang kami sempat lakukan sempena minggu Maulidur Rasul yang lepas. Maaf la ye lambat share. Hari maulid tu kami dah bermusafir pi familyday opis en.suami. balik dari tu saya dan Mujahid Khalid Al-Walid plak tak sihat. Ni pun masih dalam proses recover.
Semoga bermanfaat buat semua.
Oh ye...kalau ibu-ibu semua ada buat aktiviti lain berkenaan surah Al-Masad ni share la di komen link blognya.
Nak juga melawat dan lihat aktiviti yang u olls buat dengan permata hati masing-masing.

Salam sayang semua. Jumpa lagi!
SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment