DIY Bahan Bantu Mengajar : Pocket Words Board

Assalammua'laikum...
Selamat petang semua.

Semalam ronda-ronda facebook sahabat HS, melihat bahan-bahan bantu mengajar yang beliau telah buat. Sooooo kreatif. Jeles i...

Dan hati ini terpana kesima akan sebuah BBM nya. Simple je dia buat, poket word. Tapi sayangnya pocket wordnya saya rasa boleh guna sekali sahaja. Sebab gambar ditampal terus dihadapan poket dan guna kertas biasa sebagai background. Saya ni pula jenis yang suka buat BBM versi tahan lama. Sebab MALAS nak buat ulang-ulang.hihi
So dengan ilham Allah, saya pun tiruvasi la BBM beliau.
Bermula la projek "Pocket Words Board" saya semalam selepas menghantar Amirah ke taska.

Bahan-Bahannya ialah :
- Kotak recycle untuk dijadikan board utama
- Manilakad terpakai
- Plastik pembalut / plastik pembungkus bersaiz kecil
- Gam, Gunting, Selotep.
Itu sahaja!

Caranya mudah. Potong manilakad untuk jadi poket-poket kecil. Selotep di kotak. jumlah bergantung kepada saiz poket yang anda mahu dan saiz kotak anda semestinya. Saya punya comel-comel je. Muat sembilan poket.

Langkah seterusnya, gunakan plastik pembalut buku (pastikan lutsinar ye), atau plastik pembungkus untuk buat poket kedua dibahagian depan. Saya guna double tape unyuk tampal plastik tu. tapi setelah di try error ketahanan lasaknya, perlu selotep juga gamaknya.
(nak lebih jimat masa, anda boleh siapkan dulu 2 layer poket itu. Kemudian terus selotep sekali keduanya. jimat masa & selotep of course!)


Dah siap!!!!!
Eh betul ke? yela. Dah siap. tapi kalau nak cantik dan tahan lama, make up la board tu. Saya letak wall sticker kat tepi-tepi board. supaya kotak tu tak mudah rosak dan koyak.
Taarrrraaaa...ini la rupa "Pocket Words Board " saya selepas dicantikkan.hihi


In sha Allah, boleh diguna untuk aktiviti pengukuhan pembelajaran menggunakan flashkad. Bukan word je tau, nombor & match games pun boleh. Nak jimat lagi macam saya?
Flashkad pun buat guna dari kotak-kotak, gambar kalau kaku nak lukis, potong je gambar dari majalah terpakai dan buku-buku lama.hihihi..

Semoga bermanfaat dan selamat meniruvasi!
SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment