CHEF CILIK : Chocolate Pau Yummy-yummy

Assalammualaikum semua.

Selamat datang bulan Rejab. Kejap je dah nak puasakan. Yang belum habis ganti puasa cepat-cepat la ganti habis tau.

Hari ini saya nak share lagi satu resepi mudah untuk anak-anak kita lakukan dalam sesi Chef Cilik.
Iaitu Pau Coklat. Emm...coklat...mesti la yummy yummy kan.

Resepi asal saya skodeng dari blog lain.
Jengah sini.

Sebab saya pun tak pernah buat pau.hihi
Tapi sebabkan anak-anak memang addict dengan pau (lapisan luar je, inti tak makan), saya pun cuba la nak buat pau sendiri. Asyik beli je, nipis poket ibu nak..huhu
Sebelum tu duk fikir nak buat inti apa ye yang mudah. Kacang merang (my fav) emm...lecehnya..nak kena rendam semalaman. Kaya? boleh gak tapi anak mesti tak makan. Nanti saya juga yang jadi Majlis Bandaran.huhu

Fikir punya fikir, kalau inti coklat mesti anak makan sampai habis. Tapi mana nak datang coklat fillingnya?
Hah!!!! Apa susah, coklat chips kan ada. Guna je. Nanti dah masak cair gak coklatnya.hihi

So...1st step...siapkan bahan-bahannya dan buat je ikut resepi. Tapi saya ada ubah bahan sikit la. Ikut apa yang ada dalam almari je.

Bahan-bahan : 
  • 250g @ 2 1/2 cawan tepung pau 
  • 3g @ 3/4 sudu teh - yis kering
  • 2g @ 1/2 sudu teh - baking powder
  • 50g @ 4 sudu makan gula castor 
  • 20g @ 1 sudu makan - minyak masak
  • 1/2 cawan air suam

Cara :
  1. Satukan tepung, yis, dan baking powder, didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan minyak masak, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin
  4. Perap utk 45 minit untuk kembangkan d0h.
  5. Dah mengembang bahagikan kepada ketulan kecil-kecil, masukkan inti (ch0c chip), tutup kemas dan masukkan dalam pengukus.
  6. Pastikan air kukusan betul-betul panas, dan kukus dalam 15 minit. (Bergantung kepada saiz pau).
  7. Siap untuk dimakan.

Macam biasa dalam sesi chef cilik, anak-anak dapat belajar tentang sains juga iaitu melihat pr0ses ibur0ti mengembangkan d0h. 

Dah kembang... Anak-anak punya d0h tak berapa nak kembang. Dah 0ver di uli-uli gaknya. Tapi tetap happy dia membesar.

Lepas tu pr0ses masukkan inti pula.
Bagi tugas ni pada amirah. Hasilnya c0mel-c0mel je pau dia. Makan sekali ngap!


Dah kukus...masa untuk makan.
Hasilnya tak la gebu sangat, tapi still lembut.

Ngap, ngap..sedap ibu..inti c0klat. Macam ni tak payah beli pau lagi la. Kita buat sendiri je. Tiap-tiap hari b0leh makan.
B0lehhhhh sangattttt kakak...


0k lah...selamat mencuba ye.
SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment