Assalammualaikum...
Kejap je kan, dah 44 hari usia mujahid Khalid. Hari ni pun last day ibu berpantang.Huraiiii
Ada yang bertanya di fb saya, tak update aktiviti dengan baby ke. Sekarang buat aktiviti apa dengan baby. Maaf la...saya tak sempat nak update.
OK, jom saya share apa aktiviti termini dengan baby Khalid. Tak banyak berubah, tapi ada la sikit-sikit penambahan aktiviti.
Pendengaran :
Meneruskan sahaja audio surah al-fatihah beserta maksudnya dan surah al-ikhlas secara bergilir by minggu. membisikkan surah Muhammad ayat 19 dan zikir tauhid secara rutin.
Penglihatan :
- saya mula tunjuk kan flashkad huruf hijaiyyah berbaris atas (warna kad still kombinasi warna mesra bayi - hitam, putih & merah). Saya mula kan dengan huruf mesra bayi 'a' dan 'ma'.
- flashkad stimulasi penglihatan hari tu saya cantumkan dan letak berdekatan Khalid bila aktiviti 'tummy time'.
- tunjuk kan buku stimulasi penglihatan yang ada cermin secara kerap. Sebab baby suka lihat muka nya sendiri.
Perkembangan otot kaki :
- Latihan menendang. Letak kan bantal atau flushie yang lembut di hujung kaki agar anak dapat menendang nya. Lebih bagus jika isi bantal itu dapat mengeluarkan bunyi. Ini akan menarik minat bayi untuk terus menendang.
Atau boleh letak kan piano /keyboard mainan di hujung kakinya. Khalid suka aktiviti ni. Dia macam ternanti-nanti bunyi apa akan keluar bila dia tendang.
Perkembangan otot lain :
- Tummy time di atas playmat. Sebelum ni tummy time hanya di riba atau atas dada sahaja.
Apa itu tummy time?
Tummy time ialah meletakkan bayi dalam posisi meniarap (perut di bawah) dalam keadaan baby berjaga dan diawasi.
Bila dan bagaimana nak mula?
Selepas lahir dah bermula sebenarnya. Yang kita duk tiarapkan baby atas riba, dada atau perut tu, di kira tummy time juga. Boleh lakukan selama 2-3 kali sehari utk beberapa minit. Bila baby dah semakin kuat, boleh tiarapkan di atas permukaan rata yang beralas. Semakin meningkat usia (3-4 bulan), tambah kan masa at least 20 minit per sesi.
Pastikan baby sentiasa di awasi. Jika baby ter tidur sewaktu tummy time, alih kedudukan bayi utk tidur dalam keadaan terlentang semula. Ini bagi mengelakkan berlakunya Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
Apa kebaikan Tummy time?
- Membantu menguatkan otot kepala, leher dan baju bayi.
- Membantu menghalang berlakunya "plagiocephaly" iaitu keadaan belakang kepala baby menjadi leper
- Dari waktu lahir hingga usia 6 tahun, saiz otak anak akan membesar dengan kadar yang amat pesat. Proses pembesaran ini akan menyebabkan otaknya membesar ke belakang. Anak yang terlalu lama tidur atau berjaga dalam keadaan telentang akan menggugat proses ini. Tummy time membantu otak bayi membesar secara optimum.
- Mengurangkan masalah kembung perut.
- Anak dapat berlatih menembungkan matanya untuk fokus penglihatan jarak dekat.
- Kajian juga menunjukkan baby yang didedahkan dengan aktiviti Tummy time lebih awal & kerap akan lebih cepat mencapai perkembangan meniarap, menyusur, berguling, merangkak dan duduk tanpa sokongan.
Jadi tiada sebab kita perlu patuh kepada larangan orang-orang tua untuk tidak meniarap kan bayi. Cuma sebolehnya elakkan menidurkan bayi dalam keadaan meniarap kerana Islam tidak menggalakkannya dan sebenarnya tidur secara tiarap akan menyebabkan jantung menerima tekanan yang tinggi.
Itu sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga jumpa lagi...
- Blogger Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment