PERJALANAN KHALID AL-WALID : DAY 8-14

Assalammualaikum, salam ceria semua.

Seperti yang dijanjikan saya update aktiviti saya dengan newborn baby khalifah Khalid untuk minggu kedua.

As usual, buat plan dulu. Minggu kedua ni saya start masuk kan didikan tauhid dalam jadual. Seperti yang semua dah maklum, perkara utama yang mesti dilakukan oleh ibubapa ialah menanam konsep tauhid yang kuat dalam diri anak sejak kecil. Ini seperti yang disarankan dalam hampir kesemua buku parenting Islamic termasuk lah dalam buku Tarbiatul Aulad.
Saya percaya dari baby keluar dari rahim lagi ibu ayah dah lazimi anak dengan zikir, selawat dan bacaan Al-Quran. Tapi utk lebih fokus, kita buat aktiviti khas untuk menanamkan kalimah tauhid dalam minda dan hati anak.

Jadi, ini adalah plan saya untuk.minggu kedua.



Dalam Teknik SASU (Sayang Anak Seawal Usia), ayat 19 dari Surah Muhammad digunakan sebagai ayat ulangan bagi mengajar anak kalimah tauhid.
Maka ayat ini saya ulang-ulang sekerap mungkin terutamanya sebelum anak tidur. Disertakan dengan zikir tauhid beserta maksud sebanyak 10 kali.
Sebagai pengukuhan dan stimulasi mata baby, saya buatkan khat khas kalimah tauhid untuk ditunjukkan kepada baby khalifah. Jika susah nak flash, tampal sahaja di dinding.
Bawa baby melihat kad tersebut sambil berzikir.


Aktiviti lain seperti stimulasi penglihatan menggunakan kad stimulation bercorak tetap dilakukan seperti biasa. Begitu juga dengan aktiviti urutan dan senaman baby.

Untuk audio, saya tukar pula kepada Surah al-Ikhlas. Bersesuaian dengan kalimah tauhid yang sedang ditanamkan.
Itu sahaja.

Oh ye, minggu kedua ni baby dah mula kuat menendangkan kaki nya kan?
Ambil kesempatan ini dengan meletakkan mainan seperti piano atau keyboard kecil di hujung kaki anak. Jadi setiap kali baby menendang kuat, dia akan menendang alat mainan tersebut dan menghasilkan bunyi.
Ini juga merupakan salah satu aktiviti stimulasi otot kaki dan pendengaran.
Baby pasti sukakannya!

Rasanya saya akan kekalkan jadual ini utk minggu ketiga. Cuma audio nya saya tukar kepada surah al-fatihah kembali, tapi kali ni beserta dengan maksud.

Baik lah..semoga perkongsian saya ini membawa manfaat kepada bakal ibu dan ibu sekalian. Jom bina legasi supercaliph ulul albab yang hebat bersama!
SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment