PERJALANAN KHALID AL-WALID : DAY 3 -DAY 7

Assalammualaikum sahabat mewangi...

Alhamdulillah, genap la 31 tahun umur saya hari ni.
T.kasih Ya Illahi atas semua kurniaan Mu sehingga saat ini. Semoga aku dapat menggunakan segala nikmat yang Kau beri untuk aku terus memperbaiki diri dan membuat lebih banyak kebaikan.

T.kasih atas hadiah paling bernilai tahun ini yang telah Engkau kurniakan...mujahid yang didamba..Muhammad Khalid al-Walid. Awal kali ni Engkau surprise kan ku ya Allah. Sesungguhnya memang tak ku duga...namun sangat gembira menerimanya. Kerana sangat mudah dan terlalu cepat. ( Dah baca entri saya semalam? kalau belum, sudi-sudikan la membaca coretan kelahiran mujahid saya 😉)

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah

Okay...hari ni atas permintaan beberapa sahabat, saya share kan aktiviti saya dengan baby khalifah Khalid pada minggu pertama dengan lebih detail sedikit berbanding post di fb.

Perkara pertama mesti buat, PLAN!
Haaaa.. Plan ni kalau boleh buat la lebih awal sebelum bersalin. Saya ni dah terbersalin awal. Jadi lepas keluar hospital baru la buat plan.


Untuk permulaan saya utamakan untuk ransang deria penglihatan, pendengaran dan pembentukan otak, saraf serta otot.

Aktiviti nya simple je. Baby kan...baru je lagi. Takkan nak buat aktiviti lasak plak 😅

Penglihatan :
- Saya ransang guna kad stimulasi penglihatan hitam-putih. Beli kat kedai DIY je. 1 set RM4.50 kalau tak silap. Tapi kad ni Sederhana je saiznya. Nak lagi bagus, print saiz kertas A4. Google je...
Banyak ada. Macam- macam pattern gambar. Print & laminate je...tahan lasak sikit.

- Kenapa kad hitam putih? Rasanya semua dah tahu kan...Penglihatan new born baby masih terhad. Penglihatan nya masih kabur. Selepas beberapa hari baru penglihatan nya clear sikit, tapi hanya boleh fokus pada warna hitam dan putih sahaja.


- Penting ke nak ransang? Penting pada saya. Aktiviti ni bagus untuk mengaktifkan saraf mata anak dan melatih otot leher melalui pergerakan bola mata dan kepala anak. Melalui kajian juga menunjukkan aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kecerdasan dan kecekapan minda anak.

- Tak perlu gelojoh nak stimulate banyak-banyak kad dalam 1 masa. Mula kan dengan 1 kad (2 pattern gambar) sahaja dahulu pada hari pertama. Sekejap je pun. Bagi anak lihat setiap 1 pattern gambar dalam 10-15 minit dan jangan lebih dari 30 saat setiap 1 sesi. Jarak kad antara 20-30 cm dari muka anak. Gerak kan kad ke kiri, kanan, atas dan bawah. Buat masa mood anak tengah baik ye. Lepas mandi ke, lepas bf ke..

Pendengaran :
- Senang je. Saya pasang je audio ngaji Surah al-fatihah. Siang saya pasang sekerap yang dapat. Malam memang pasang dari maghrib sampai la pagi baby bangun tido. Lagi bagus kalau ibu ayah dapat pasang 24 jam.


- Kenapa audio ngaji? Audio lain tak boleh ke? Eh...boleh je. Pasangla nasyid ke, zikir ke, lagu-lagu sentimental dan mendamaikan macam muzik Beethoven ke. Tak salah pun. Tujuannya adalah untuk anak tenang..Otak/mindanya dalam keadaan yang terbaik untuk menyerap dan mentafsir bunyi/suara di sekelilingnya.
- Bila audio tak di pasang, nyanyi la lagu Voice of Ummi, erti surah al-fatihah tu. Nyanyi dgn penuh semangat k.

Pembentukan Otak, Saraf dan Otot :

- Hanya melalui urutan dan senaman ringkas.
- Nak urut macam mne? Dalam YouTube ada sayang... https://youtu.be/fL5zDdLK_Uw
- senaman plak? Baby boleh bersenam ke? Bolehhhh.... Buat pergerakan ringkas, brain gym movement sangat bagus. Google je kalau nak tahu lebih lanjut. Panjang kalau saya nk story kt sini. Kena buat entries khas.hihi
- Tapi yang biasa saya buat timang, depa angkat tangan, bukaan jari, kayuh basikal dan pergerakan silang. Ni mmg basic saya mesti buat setiap kali lepas baby mandi. Alhamdulillah, dapat istiqamah dari anak 1st hingga sekarang.
- Hahhhhh..sambil urut & exercise tu zikir la ye. Berbual dengan baby, senyum. Jangan membebel & buat dalam stress plak.

Itu sahaja aktiviti saya untuk minggu pertama bersama Muhammad Khalid al-Walid.
Semoga ada manfaat utk semua 😊
Jumpa di entri seterusnya utk aktiviti minggu kedua.
In sha Allah...
SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment