KELAHIRAN MUJAHID YANG DIDAMBA

Assalammualaikum...
Lama dah tinggalkan blog ni. Bukan bersarang, dh berkulapuk dah jadinya 😅

Dari anak dua, dah bertambah tiga pun.
Sampai kena smash dengan cikgu blogku hawa...Ya ampuuuunnnn..
Jadi moh ler kita berblog semula.

Nak diceritakan, Cikgu suh share aktiviti saya buat dengan new baby khalifah dengan lebih detail berbanding post di fb tu.

So saya start dengan cerita kelahiran mujahid yang didamba dulu la ye.

Al- kisah nya kalau ikut EDD saya dijangka bersalin pada 16 DEC 2016. Tp saya duk leka-leka je. Sebab nya 2 anak sebelum ni overdue.

Namun dengan takdir Allah Al-Alim, Al-Baa'ri, pagi 5 DEC dalam pukul 7 lebih gitu, saya mula sakit pinggang. Padahal masa solat subuh tadi elok je. Then keluar keputihan pekat yang banyak. Dalam masa sejam saya asyik ke toilet, membuang yang kecil & besar. Hati mula tak keruan, tapi relax lagi duk kemas dapur rumah mak.

9 lebih gitu, kontraksi mula terasa. Makin kerap, tapi tak lama. Saya mula hitung, kekerapan antara 5-10 minit. Duduk tak kena, diri pun tak kena. Saya mula bertanya kepada rakan-rakan di group WhatsApp. Mereka mencadangkan utk saya terus ke hospital. Panik!

Saya tarik nafas dalam-dalam. Tenang kan jiwa, saya bermonolog...
"Ya Allah, andai hari ini adalah hari terbaik untuk baby khalifah ku keluar menjenguk dunia, maka aku redha ya Allah dan aku pohon Kau permudahkan lah urusan ku utk aku lahir kan baby khalifah ini"

(Actually, saya panik sebab takde lagi pengalaman rasa natural kontraksi kerap. Dua2 anak overdue kan. Hanya rasa kontraksi kerap lepas air ketuban dah dipecahkan je)

Saya pun siapkan anak-anak dan semua keperluan utk di bawa ke hospital. Sambil tu layan je kontraksi tu. Keep berjalan. Call WhatsApp en.hubby, tapi dia tak percaya saya sakit nk bersalin dah 😰
Dia suh pi hospital & cek bukaan dulu.huhu
(En.hubby dah balik ke nilai selepas subuh, utk bekerja seperti biasa)

Dalam pukul 12.30 t.hr saya gerak ke hospital. Pak Usu saya hantar. Dalam perjalanan sempat minta dari Group BBMQ utk share semula zikir Asmaul Husna menghadapi sakit bersalin. Konon nak tenangkan jiwa..



12.40 saya sampai di emergency, terus di bawa ke labor room, letak je buku merah & ic, nurse cek dah buka 8-9. Wahhhhh, terkejut saya...mujur sempat ke hospital.

Tak sempat daftar ke, pakai tag ke, terus diorng ready utk sambut kelahiran. Sambil nurse kelam kabut, sambil tanya macam-macam utk daftar, sambil saya bertakbir, berzikir ringkas setakat yg teringat & layan kontraksi. Setelah beberapa kali tarik nafas dalam dan push harder, akhirnya...tepat jam 1.18 petang, usai azan zohor keluarlah mujahid yang didamba saya dan suami melihat dunia.
Mujahid ku Muhammad Khalid Al-Walid....
Kecik comel je macam kakak Nur Amirah dulu, tapi berat 2.9kg. Bleh tahan gak.


T.kasih ya Allah...kali ni bersalin memang indah. Mudah & cepat. Tak sempat nak berzikir Asmaul Husna pun (tak sempat buka WhatsApp), tiada luka, tiada jahitan. Takde stress, rasa bahagia sangat. Dapat skin to skin dengan baby lama. Selesai nurse bersihkan saya, baru saya call semula en.hubby.

Ayah...ibu dah bersalin..kata saya sambil menangis gembira.
Alhamdulillah, baby boy..

Suami terperanjat. Betul ke ni????
Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Ok2.. Ayah gerak balik sekarang.

Begitula kisah nya...rezeki saya kali ni.
Allah mudahkan segala nya. Berkat doa dan usaha saya selalu bercakap dengan baby khalifah masa dalam perut.
Minta dia mudahkan saya utk lahirkannya. Jangan buat ibu sakit lama..
Terima kasih Allah...


Untuk ibu-ibu, bakal ibu jangan berhenti berdoa.
Minta la apa sahaja yang didamba dengan hati yang ikhlas pada Illahi.
In sha Allah, Dia akan beri. JanjiNya pasti.

T.kasih pada semua rakan yang telah menitipkan doa dan ucapan tahniah. Semoga anak yang dikurniakan ini akan membawa rahmat bukan kepada saya sekeluarga sahaja, malah akan menjadi aset, mujahid kepada kalian dan umat Islam yang lain juga. Aamiin

SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment