TIPS MENJADIKAN ANAK TAHFIZ MUDA : MARI MENGHAFAZ AL-QURAN


Assalammua"laikum...
Alhamdulillah..masih dikurniakan nafas, keupayaan dan ilham oleh Allah untuk meneruskan sharing di sini.

Hahhhhhh....siapa ada lihat rancangan terbaru di Astro Oasis? Rancangan yang sangat memberi ispirasi dan sentapan jiwa kepada anak-anak kecil. Ya.....semestinya Program Realiti Persada Tahfiz Muda. Musim pertama ini dibarisi oleh 10 peserta yang comel-comel hebat-hebat belaka. Bukan setakat pandai menghafaz, malah boleh bertaranum, bernasyid, berzanji dengan baik. Subhanallah...

Saya pasti ini semua adalah hasil titik peluh didikan kedua ibubapa anak-anak kecil ini. Sejuk mata memandang, nyaman telinga mendengar bacaan hafazan mereka. In sha Allah siaran Persada Tahfiz Muda ini akan berlansung setiap Khamis, pukul 9 malam di Astro Oasis. Jangan lupa tengok tau!
Okay.. Habis promote.hihi

Sebenarnya semua ibubapa boleh melatih anak mereka menjadi tahfiz muda sendiri. Tidak perlu untuk menunggu nak hantar ke sekolah-sekolah tahfiz, madrasah, sekolah pondok ke.. Semuanya boleh bermula dari rumah. Ibu ayah kan guru pertama anak-anak.
Alhamdulillah, dengan izin Allah. anak saya Amirah juga telah berjaya menghafaz lebih dari separuh Juz Amma. Baru sahaja selesai menghafaz surah al-A'la minggu lepas. Dalam masa yang sama sedang menghafaz surah Yassin dan Ar-Rahman. Video di bawah adalah semasa sesi tasmik surah al-Ghasyiyyah.



Saya mula melatih anak saya menghafaz Juz Amma sejak beliau berumur 4 tahun. Pada mulanya menghafaz melalui pendengaran dan bacaan berulang sahaja. Setelah Amirah complete belajar mengaji, dah boleh mengaji dengan agak lancar baru saya melatih menghafaz menggunakan kaedah bacaan berulang dan hafaz.
Kami juga sering bertadabbur sebelum memulakan sesi bacaan dan menghafaz kerana saya mahu anak saya faham akan ayat al-Quran yang dibaca dan dihafaz. Saya mahu Kalam Alah ini ada dihatinya, bukan sekadar di dalam memori akalnya.

Bagaimana saya melakukannya? Berikut beberapa tips yang saya boleh kongsikan untuk di amal bersama.
  1. Pasang audio al-Quran semaksima masa yang mampu. Hatta dalam kereta dan walaupun ketika tidur. Style saya siang hari full bacaan Juz Amma. Malam hanya fokus kepada surah yang sedang di hafaz.
  2. Pilih satu surah untuk di hafaz. Mulakan dengan sesi tadabbur. Saya percaya anak akan lebih cepat hafaz bila ank faham cerita di sebalik surah.
  3. Minta anak baca sahaja berulang-ulang surah yang hendak di hafaz secara rutin setiap hati. Dari gagap-gagap sampai lancar bacaaannya. Dari bacaan yg berulang-ulang, anak akan dapat menghafaz juga nanti. Kaedah ini sesuai bagi anak yang dah boleh mengaji walaupun belum beberapa lancar.
  4. Bagi anak yang belum boleh mengaji, ibubapa boleh membantu dengan membacakan surah tersebut berulang-ulang secara rutin kepada anak.
  5. Bagi anak visual learning boleh dibantu dengan keratan ayat atau print surah dlm font besar dan video surah.
  6. Bagi anak kinest learning boleh dibantu dengan membuat gerakan yang merujuk kepada maksud ayat semasa ayat dibacakan.
  7. Tasmik (mendengar/menyemak semula bacaan yang telah dihafaz) bacaan setiap hari. Tidak perlu mengarahkan anak duduk depan kita dan fokus. Sesi tasmik boleh dibuat bila-bila secara santai.
  8. Boleh sediakan chart yg menarik untuk melihat milestone/perkembangan hafazannya. Carta yang menarik juga boleh menambah semangat anak untuk terus menghafaz.
Ini adalah beberapa cara yang telah saya amalkan pada kedua-dua anak saya, terutamanya Amirah.
Perkara yang paling penting bagi saya sebelum memulakan sesi menghafaz untuk anak-anak ini ialah meletakkan niat yang betul dan mengenal pasti cara/gaya anak belajar. Supaya hati dan usaha kita sentiasa istiqamah dan anak-anak dapat menghafaz dengan seronok.

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibubapa sekalian melahirkan seorang tahfiz muda dirumah. In sha Allah, Bi iznillahi...
Dan semoga segala usaha kita sebagai ibubapa dalam mendidik anak menjadi Khalifah Ulul-Albab di redhai dan diterima oleh Allah, Aminnn..

Saya kongsikan juga carta milestone hafazan yang telah saya tiruvasi untuk anak saya. Chart asal adalah dari Raising Omar.com. Saya dah ubah ikut selera warna anak dan saya besarkan saiznya agar mudah ditampal sticker kegemaran anak-anak. Boleh download di sini ye.

Selamat Melahirkan Tahfiz Muda Generasi Khalifah Ulul Albab!


SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment