TIPS ANAK-ANAK SUKA BERGADUH : IBRAH QABIL HABIL

Anak -anak sering bergaduh? Berebut mainan? Tarik menarik rambut, pukul-memukul? Saya rasa itu adalah perkara biasa bagi anak kecil. Sedangkan yang dewasa pun selalu bercakaran kan.

Anak-anak kecil biasanya bergaduh, rasa iri hati atau berlawan menjerit bukanlah atas kesedaran mereka. Kerana mereka masih belum mengerti cara mengawal emosi dengan baik. Mereka belum boleh berfikir dan membezakan dengan betul perbuatan yang baik dan tidak baik.
Tapi bagaimana kita mahu mendidik anak-anak kecil ini untuk tidak bergaduh dan selalu bersikap tenang?

Saya juga mengalami masalah yang sama. Amirah dan adawiyah selalu je berebut barang dan berperang suara.
Kadang dapat tahan sabar, kadang-kadang ter tukar jadi Hulk juga huhu..

Dipendekkan cerita, semalam semasa sesi storytelling dengan Amirah, saya dapat ilham untuk mendidik Amirah tentang keburukan bergaduh, terutamanya dengan adik beradik. Saya mengambil ibrah dari kisah Qabil dan Habil.
Jom ikuti perbualan saya dengan Amirah.


I : Amirah, apa kakak faham dari kisah Qabil dan Habil bergaduh ni?

A : Jangan ikut rasa marah ibu.

I : Betul. Kisah Qabil dan Habil ni mengajar kita, adik beradik jangan bergaduh. Jangan saling irihati bermusuhan sampai bergaduh.

Bila bergaduh, nanti syaitan duduk kat tengah-tengah. Dia bisik-bisik kat dua-dua hati supaya lagi gaduh. Dari gaduh mulut je, syaitan hasut lagi supaya pukul ke, tarik rambut ke. Kalau kakak dengar nanti tanpa sedar atau tak sengaja kakak terpukul adik. Tak el0kkan macam tu. Nauzubillah kan.

Tengok Qabil, dia dengar hasutan syaitan akhirnya dia terpukul, dan tanpa sedar pukulannya menyebabkan adiknya mati. Dia takde niat pun nak bunuh adik dia kan? Tapi sebab dia layan juga kata-kata syaitan, ikut rasa marah...akhirnya diri dia juga rugi. Menyesal.
Kakak nak ke macam tu?

A : Taknak ibu. Kakak sayang adik.

I : Marah ni ibarat api tau kakak.
Dua beradik bergaduh, maknanya ada dua api kecil. Dua api kecil bila bertemu b0leh jadi api besarkan? Api besar b0leh membakar dirikan?

A : Haah la ibu..Dah terbakar macam mana nak selamatkan diri.. Tapi....
Adik tu yang selalu rebut-rebut barang kakak.

I : Adikkan kecil lagi. Dia tak faham lagi nak berkongsi macammna. Main dengan baik macammana. Kakak kan kakak. Kena beralah. Kakak kan dah boleh choose to be good kan? Kakak kena la tenang, macam Habil. Sebab tu ibu selalu ingatkan kakak. Jangan bergaduh. Sabar..sabar..
Ingat Ya Sabur..Ya Mukmin..

A : Baik ibu...kakak cuba nanti untuk tak gaduh lagi dengan adik lagi. Kakak taknak terapa-apa kan adik tanpa kakak sedar masa tengah marah.huhu..

I : Alhamdulillah...in sha Allah. Baca surah an-nas selalu. M0h0n supaya Allah selalu lindungi kita dari bisikan syaitan.


Itulah kisahnya. Cerita Qabil dan Habil ni saya bacakan dari buku 101 cerita Pendek Daripada Al-Quran. Buku ni bagus pada saya. Sebab turut disertakan d0a-d0a dalam al-Quran yang b0leh digunakan berkaitan dengan kisah yang dibaca. Ceritanya pun pendek dan ayatnya mudah faham untuk anak kecil. Gambar pun menarik.



Sebenarnya tak susah pun mencari ibrah disebalik kisah dalam al-Quran untuk kita kaitkan dan gunakan dalam mendidik anak-anakkan?

Sem0ga ada manfaat :)

Ingin mendapatkan buku 101 Cerita Pendek daripada Al-Quran ini? Klik di sini.
SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment