Come Back with Fun Movement Activities !!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lamaaaaa nya kita tak berjumpa kan. Hampir lupa saya ada blog.huhu

Bila PKP ni baru teringat nak aktifkan semula blog. Kecian bersawang. Doakan lah saya rajin nak menaip panjang-panjang lagi lepas ni dan istiqamah menjaga blog.

So, apa khabar semua? Doa saya semua nya sihat dan ceria walaupun dalam negara kita di uji dengan wabak Covid-19 ni. Di tambah pula dengan ibadah berpuasa kan.
Tapi takpe, fikir positive semua tu Rahmat Allah. Pasti ada hikmah ❤.

Jadi sempena comeback to blog, saya nak bagi hadiah kepada semua yang setia menanti input di blog saya ni. Saya nak share satu game yang menyeronokkan yang boleh dimain dengan anak-anak dalam bulan puasa ni. Luar bulan puasa lagi lah boleh kan. InsyaAllah aktiviti ni tak lah lasak sampai anak-anak penat, but at least ia menggalakkan anak untuk aktif sedikit dan tidak memerap depan tv atau tidur sahaja.hihi

Apa game tu??
Hah.. ini dia..Mimic Movement Game!
Saya kongsikan 4 cara menarik untuk bermain game menggunakan kad ni.

1) Tiru saya!
Tunjuk salah satu kad dan minta anak tiru pergerakan seperti dalam gambar. Boleh ajak ayah main sekali tau. Tukar kad dengan agak cepat, untuk dapatkan attention dan fokus anak.
(boleh guna kad versi 1 untuk yang nak jimat ink atau set kad versi 3).





2) Ingat dan lakukan!
Seperti cara permainan yang pertama, tapi kali ini kita menguji tahap memori penglihatan anak. Boleh guna kad versi 3 supaya anak dapat lihat lebih jelas dan mudah mengingat.
Tunjukkan anak salah satu kad dengan kiraan 5 saat. Tutup kad dan minta anak lakukan pergerakan seperti dalam kad yang di lihat tadi. Untuk lebih menyeronokkan, main ramai-ramai. Siapa yang salah pergerakannya, kalah! Atau boleh kira mata. Yang paling banyak meniru pergerakan dengan betul dialah Juara! Yeayyyy

3) Bina semula.
Dengan menggunakan kad versi 1 dan lidi, minta anak bina semula gambar seperti pada kad. Boleh juga menggunakan pencungkil gigi. 
Dan jika ibuayah mempunyai batang kayu berwarna seperti dalam gambar, boleh menggunakan kad berwarna versi 2. Sambil bermain anak dapat mengenal warna, menarikkan?





4) Cari pasangan yang sama.
Permainan ini memerlukan set kad versi 1 dan versi 2. Minta anak carikan pasangan kad yang mempunyai gambar pergerakan yang sama.




Hah, bagaimana menarik tak game nya? Settle dah nak cari idea untuk 4 hari punya aktiviti kan? Cuma download, print, laminate untuk tahan lama dan main!

Nampak macam biasa je keempat-empat game tu kan. Tapi sebenarnya banyak manfaat tau. Antaranya ialah :


  • Membantu anak mengenal tubuh dengan baik (kesedaran tubuh).
  • Membantu anak belajar mengawal keseimbangan badan.
  • Meningkatkan daya fokus dan memori visual.
  • Melatih koordinasi mata-tangan

So dah sedia nak main?
Download pdf kad ni di sini Mimic Game Ecard

Jangan lupa nanti baca terms of used dulu ye dah kongsikan pendapat anda di ruang komen. Terima kasih dan jumpa lagi!
SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment