Hai semua. jumpa lagi kita. Tcher N doakan awak semua sihat-sihat belaka, ceria bersama anak-anak.
Otak Tcher N dua hari ni tepu sikit study tentang persepsi visual.
Apa benda PERSEPSI VISUAL tu?
Menurut Occupational Therapist persepsi visual tu kemahiran otak untuk memproses apa yang dilihat dan memberi arahan kepada anggota badan supaya berlakunya tindak balas yang sepatutnya.
Penting sangat ke persepsi visual ni?
Eh penting, sepenting bila kita nak cari anak yang dah hilang main sorok-sorok celah kain baju bila kita pi shopping!
kalau cari-cari tak jumpa tu, maknanya kita terlalu panik atau memang kemahiran visual kita dah lemah.huhu
Sebab kan tengah study benda ni so Tcher N pun dengan rajin nya cari lah idea nak buat tools menarik untuk latih visual anak-anak. Dan as usual, Tcher suka buat something guna kotak cardboard kan. Maka ini lah hasilnya.
.
.
FUN VISUAL FRAME
.
.
Nak panggil apa pun tak tau.
Memandai je Tcher letak nama dia. Haha..
Menarik tak? Tcher guna je kotak dan perca² kertas dan felt yang ada. Kebetulan memang ada 3 batang je lidi tu.
Dari terbuang kan.
Cara main, minta je anak terbalik atau pusingkan benda tu ikut corak dalam kad rujukan. Tcher guna bentuk apple dan daun serta warna yang berbeza.
Nampak senang tapi payah juga tau sebab benda bulat kadang-kadang tak bagi kerjasama bila kita nak pusing.
Dan kalau anak tak lihat betul-betul dia akan keliru dengan pattern corak yang perlu di tiru.
Nak lagi advanced korang buat gambar yg perbezaan dia sikit je. Contoh emoji happy dan sad. Atau pun gambar burung pandang kanan, sekor lagi pandang kiri. Warna sama. Berpinar biji mata anak nak bezakan tau.
.
.
Dah jom tengok step by step cara buat nya.
Follow setiap gambar ok.
Let's Go!
1. Material yang diperlukan :
Kotak cardboard yang ada rongga pada bahagian dalamnya, lidi satay, kertas warna (2 warna), kertas putih, dan stationery asas.
Tcher ada guna perca felt. kalau korang takde takpe je. kertas warna biasa dah ok.
3. Buat bingkai dengan ukuran 1 inci bagi setiap sisi. Potongkan juga.
6. Lepas tu boleh buat gambar untuk dilekatkan pada kepingan tadi. Tcher buat guna perca felt, konon-konon nak bagi ada element sensory sikit.hihi.
1 side gambar epal. sebelah lagi gambar daun. Korang takde felt takpe. Guna je kertas biasa. Nak lagi mudah ganti je dengan sticker atau print lah gambar apa². 2 gambar, 9 kuantitinya bagi setiap gambar. Dan pastikan sama warna dengan kertas warna yg nk buat kad rujukan pattern nanti.
8. Akhirnya dapat lah begini nanti. Tadaaaaa....dah siap! Boleh lah bagi anak korang main dah.
7. Kemudian kita buat kad rujukan corak (pattern) pula. Guna kertas putih dan kertas warna. Gunting kertas warna bulat-bulat dan tampal pada kertas putih. Nak mudah buat rujukan kotak (grid) dulu macam Tcher buat tu. Buat lah berapa banyak patern corak yang korang nak pun.
Tahu tak nak main macam mana?
Jom tengok video bawah tu.
Kalau tak faham tanya je kat ruang komen bawah tu ok.
Kalau rasa menarik sila lah buat juga.
Sampai sini sahaja. Jumpa lagi untuk next DIY.
Bye....
0 comments:
Post a Comment