BUKU CERITA MINI SAYA!

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Sepanjang minggu lepas, saya buat satu projek bahasa dengan anak-anak. Mula-mula tu, tiada niat pun sampai nak jadi buku cerita mini. Saja nak test bank perkataan anak je. Saya tiru aktiviti ni dari bapak mentor. Beliau selalu buat posting bank perkataan macam ni di fb. Seronok bila baca respone kawan-kawan di situ. Saya kadang-kadang join juga uji bank perkataan tu, tapi tak sehebat diorang lah. Dari perkataan, boleh jadi ayat puitis terus.

Aktiviti 1 : Bank perkataan


Habis dari buat aktiviti 1st tu, Allah datangkan pula pelbagai idea. Alang-alang dah kena Pdpr semula, saya decide untuk belajar Bahasa Melayu secara santai-santai dengan Amirah dan Adawiyah. Maka, terlajak lah beberapa lagi aktiviti sampai penghujungnya terhasil buku cerita mini.

Lepas aktiviti bank perkataan tu, saya buat aktiviti kedua. Bina ayat dari perkataan yang ditulis. Mesti guna perkataan tadi sahaja.(Terlupa ambil gambar)

Adawiyah buat ayat : kakak panah gajah, katak makan darah.
Amirah buat : kotak lobak koyak, kolam botak rosak.

Aktiviti ketiga pula pilih perkataan dan bina ayat. Ni Adawiyah punya. Pilih tiga je sebab mood dia kelaut hari tu.hihi 

Kemudian aktiviti keempat, pilih satu perkataan dan bina cerita pendek dari perkataan tu. Untuk buat buku mini. 



Adawiyah bina je dulu ayat. Lepas tu kami bincang susunan ayat supaya cerita jadi teratur. Gambar apa nak letak fikir masa dah masuk cerita.



Berlainan dengan Amirah, untuk aktiviti 3 Amirah kena pilih 5 perkataan untuk membina ayat. Pada aktiviti ke 4, Amirah lebih organized. Dia rangka ayat dan plan nak letak gambar apa terus. Mungkin sebab dia pernah tengok Tcher buat storyboard dulu. Jadi dia tahu step untuk merangka sebuah buku cerita.

Storyboard Amirah

Aktiviti terakhir pula ialah menghasilkan buku cerita mini. Mula-mula, diaorang masukkan cerita dalam template buku mini. Kemudian cari gambar, google je. Nanti dah mahir, kita masukkan lukisan sendiri. Semua diaorang buat sendiri di sini. Sebab dah biasa menggodek fungsi powerpoint.

Adawiyah masukkan input ke dalam template buku cerita mini.


Mulanya, budak-budak ni tak berapa minat pun dengan aktiviti ni. Sebab kena menulis banyak. Tapi bila dah mula masukkan cerita dalam template buku cerita mini, terus diorang rasa seronok. Dah print, dah siap, dapat belek macam buku terus tersenyum lebar. Adawiyah paling seronok dapat hasilkan buku cerita dia sendiri. Siap je, dia terus tanya.

Adawiyah : Boleh tak nanti kita buat lagi. Adawiyah suka sangat ada buku cerita sendiri. Kalau nak buat banyak-banyak lepas tu jual kat kawan boleh tak?

Haha.. saya tersenyum.

Ibu : Boleh Adawiyah. Nanti kita buat lagi buku cerita mini. Tapi jual tu, nanti ibu tanya kawan-kawan ibu ye. Diorang nak tak beli. Hah, korang! Nak ke beli buku cerita Adawiyah? 😉


Alhamdulillah, siap dah buku cerita mini Adawiyah. Tahniah Adawiyah, buku pertama ditulis oleh Adawiyah. Ini ceritanya.

Amirah? Dia lebih teruja dengan aktiviti bank perkataan. Dia seronok dapat berfikir perkataan baru dan jarang guna. Aktiviti buat buku mini, dia rasa biasa² je. Mungkin sebab saya dah pernah ajar dia buat buku cerita digital. Dan untuk Amirah pun, saya sebenarnya lebih nak memfokuskan cara dia bina ayat yang betul. Tatabahasa dia masih lintang pukang. Dia biasa menulis ikut bahasa percakapan. Dah nak naik darjah lima ni. Kena lah bantu dia.

Amirah pula masukkan cerita. Dia pilih tajuk Kotak.


Khalid pula buat muka jeles. Pasal dia nak buat juga. Tapi tak pandai nak tulis ayat panjang lagi. Belajar membaca pun belum habis. Jadi, dia suruh tcher taipkan. Dia bercerita. Masalahnya cerita dia panjang betul dan penuh imaginasi. 7 hari 7 malam baru dapat siap rasanya.hahaha

Semua aktiviti ni bukan satu hari je tau. Lima hari punya aktiviti. Satu hari buat satu je aktiviti. Pasal ada pdpr lagi, menghafaz lagi, so kita selit-selit je sekejap.


Dah siap kami simpan di sini. Bila-bila lapang, Khalid boleh ambil dan baca terus.

 

Baik, itu sahaja. Semoga bermanfaat. Yang baik silalah follow blog saya ni dan kongsikan di medsoc kalian.

Jangan lupa buat juga dengan anak-anak. Kita latih anak-anak untuk berani mencurahkan idea dan membina ayat. Mudahan, kita bermula dengan langkah yang kecil, akhirnya nanti dapat buat buku yang sebenar. Tak kesah lah buku cerita kanak-kanak ke, komik ke, novel ke. Yang penting ada buku dengan nama sendiri. InsyaAllah.

.

Hanizah Aziz

SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment