Anak Bijak Membaca : Kenapa saya pilih set Bacalah Anakku.

Salam...
Hari nk share plak kenapa sy pilih Set Bacalah Anakku utk ajar amirah membaca. Sebab utama ialah kerana set ini menggunakan kaedah fonetik. Apa itu sebenarnya kaedah fonetik???

Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekankan pengguasaan hubungkait di antara huruf dan bunyi-bunyinya. Kaedah ni adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu.


Set ni disusun secara sistematik dan dimulakan dengan bunyi 3 huruf vokal yg penting: a-i-u. Dan kemudian digabungkan dgn konsonan yg pada sy mesra sebutan kpd kanak-kanak seawal dua thn seperti ba, na, ma, su, ni..


Selepas anak di ajar sukukata, akan ada cerita atau ayat pendek yang dikarang menggunakan sukukata yang hanya telah dibelajar. Jadi anak dapat ulang-ulang dan biasakan diri dengan sebutan yg telah dibelajarnya. Sebenarnya sebelum sy guna set bacalah anakku ni, sy dh beli beberapa buku siri cepat membaca terbitan syarikat yg lain. tp semuanya tak berapa praktikal utk amirah belajar. ini kerana percampuran terlalu banyak sukukata, banyak sgt gambar & karangan pendeknya bercampur dengan sukukata yg belum dibelajar. jd amirah mudah hilang fokus.
Antara buku lain yg dh prnh cuba...

tp dengan set ni alhamdulillah, kejap je dh pi ke buku dua. sekarang dh nk msuk buku 8..last book. msa mula2 nk tarik minat dia belajar buku ni, sy guna kaedah main kad. Main cri pasangan. Sape dpt set penuh dia mng. Starting dgn fun, bru sng nk ajar. Ni tak, mula- mula ajar dh garang mcm singa, suh ank fokus betul2. Rilex ibu-ibu.... Klu sy jd ank pn sy stress..huhu

So be creative utk pancing hati ank. Jmp lg, nnt sy share lg kaedah ajar ank membaca secara fun learning. Bye..
Selamat berhujung minggu..

P/s: nak sy bantu ibu-ibu ajar anak membaca? Tak tahu nk beli kt mana set bacalah anakku? Hubungi sy./sms/WA di 0196520364
SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment