Hari ni nak share tentang adawiyah pula. Asyik kisah Amirah je..b0ring dah..hihi..
Alhamdulillah..mungkin ada yang dah tahu tentang kaedah baru membaca & menghafaz al-Quran menggunakan kaedah perkata (kalimah) yang diperkenalkan Islamic Parenting Netw0rk (IPN) untuk anak kecil. Kaedah ini asasnya menggunakan kaedah flashkad kalimah untuk anak bermula dari baby lagi dengan mengadaptasi kaedah Dr Glenn D0man.
Saya dah mulakan kaedah ni pada adawiyah kira-kira 5 minggu lalu. Saya mulakan dengan surah al-ikhlas sebab adawiyah suka dengan vide0 upin ipin baca surah al-ikhlas.
Minggu pertama saya mulakan
dengan bacaan bismillah..
agak mencabar pada mulanya sebab sebelum ni adawiyah dah belajar huruf hijaiyyah berbaris. jadi nak tukar tune tu ambil masa sedikit. masih menggunakan kaedah flashkad, flash ulang-ulang depan adawiyah..
lepas seminggu saya tukar ayat pertama surah al-ikhlas. masa ni saya dapati adawiyah dah tak minat nak flash depan dia. susah nak dapat f0kusnya.
then saya tukar cara. tidak lagi tunjuk kad secara berdepan, tapi saya tampal plastik sl0t di dinding & masukkan flashkad kalimah dalam tu. yeahhh!!!!
adawiyah suka kaedah ni. dia lebih selesa. saya pun tak perlu susah payah nak tarik f0kus dia, nak suruh duduk bagai. cukup setiap kali lalu bersamanya, saya baca & tunjuk kad tu. sambil-sambil je..
kadang-kadang main cikgu-cikgu dengan bantuan Amirah juga.
tapi yang paling adawiyah suka, dukung & baca sambil berlari-lari anak.. dia happy baca macam tu. dan lebih cepat dapat..
macam mana saya tau dia dapat? satu hari tu saya lalu di dinding tu
sambil mendukungnya.. tiba-tiba dia tunjuk kalimah huwa & sebut 'huwa'..saya pun tak sangka.. saya test lagi mana qul..dia tunjuk kad yg betul. ahad? betul lagi.. Allahuakbar!!! Subhanallah..semuanya dengan izin Allah.
(saya tak test kalimah Allah, sebab dah kenalkan kalimah Allah, Muhammad lama dah. dia dah kenal)
Ini menambahkan keyakinan saya untuk meneruskan kaedah ini. Jadi saya teruskan ayat seterusnya pada minggu-minggu seterusnya juga sampai ayat akhir surah al-ikhlas. Saya jarang test melainkan bila adawiyah sendiri yang sebut & tunjuk kalimah tu. kalau saya plan nk test pun jarang dia nk buka mulut..dia taknak bagi kerjasama. s0 sy just tunggu dia bagi resp0nd secara tiba-tiba je. sebab tu la saya tak dapat nk buktikan dengan rakaman vide0...
minggu ni saya dah sampai ayat akhir surah al-ikhlas..macam biasa setiap hari jumaat, hari saya tukar kalimah di plastik sl0t. dan semalam saya buka vide0 surah al-ikhlas upin ipin setelah beberapa minggu tak buka. (sejak start kaedah ni just pasang vide0 per kalimah yang memang ada dalam vcd pakej je)
dan Subhanallah... tanpa diduga adawiyah mengikut bacaan sampai akhir ayat. sebutan sangat jelas pada kalimah-kalimah hfw seperti Allah, lam, walam, ahad, huwa, qul, & lahu.. saya rasa syukur & gembira sangat-sangat. saya dukung & bawa di ke dinding khas kami tu.. saya minta dia tunjuk kalimah-kalimah ayat terakhir surah al-ikhlas. saya test secara rawak, alhamdulillah..betul semuanya.. tamat dah 1st surah utk adawiyah menggunakan kaedah ni..
tamat dengan rasa syukur sangat. semuanya dengan izin Allah.. t.kasih pada team Teknik Membaca Al-Quran New Gen esp Puan Irina, Puan Maznah & Puan Lina Karim yang menjadikan kaedah ni jadi kenyataan & b0leh di aplikasikan dengan mudah. Sesungguhnya anda bertiga banyak memberi semangat & inspirasi kepada saya.
D0akan saya agar terus istiqamah mendidik anak-anak saya dengan kalimah agung ini. Kepada ibu-ibu di luar sana, teruskan usaha. jika saya b0leh anda juga pasti b0leh!
0 comments:
Post a Comment