CHEF CILIK : Puding Roti Chip Coklat

Salam...
Kali ni saya nak share resepi ringkas main-main masak-masak dengan anak. Aktiviti ni saya buat hari sabtu lepas. Bru dapat pos hari ni...maaf...hujung minggu yang buzy..lagi pun kurang sihat hari tu.

Amirah ni ada tabiat tak suka makan kulit roti. Setiap kali makan roti saya mesti kena buang tepinya dulu. Jadi darrpada terbuang, saya ajak amirah buat puding guna kulit roti yg dia cakap tak sedap tu.

Bahan-bahan mudah je. Kulit roti or roti, telur 1 biji, gula 2 sdb, 1 tin susu sejat, 1 sdk esen vanila, marjerin & chip coklat.

Mula-mula, sapu marjerin kt roti & kulit roti. Dalam bekas lain satukn bahan-bahan lain kacau sebati then tuang dalam kulit roti tadi.. Tabur chip coklat extra as topping atas. Last kukus...siappp...





Hari tu saya sediakan bahan dan kukus je. Lain-lain Amirah buat. Senang utk kanak-kanak buat sendiri. Lepas mandi terus dia ngap puding roti tu.
" wahhhh..sedap la ibu. Memang best!"




So ibu-ibu boleh la cuba dengan anak-anak ye. Resepi ni saya dah ubah cikit dari yang asal. Sy kurangkan telur supaya tak hanyir & kurang manis untuk kanak-kanak. Boleh ajar ank, jangan membazir & biar mereka tahu yang kulit roti tak sedap tu boleh berubah jadi menu minum petang puding roti yang sedap.
Selamat mencuba ;)
SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment