.
:
Malam itu sedang kami makan sekeluarga di luar, datang seorang remaja perempuan dengan membawa tong derma...
.
:
Assalammua'laikum...pakcik, makcik mohon derma. Saya dari rumah anak yatim.......
panjang dia terangkan, tetapi saya kurang dengar kerana sibuk melayan Adawiyah makan.
Namun begitu, saya capai juga wang kertas lantas diberi kepada Amirah dan menyuruhnya masukkan ke dalam tabung.
.
:
Amirah lipat elok-elok lalu dimasukkan ke dalam tabung. Remaja perempuan itu kelihatan sebak..
Dipegangnya muka Amirah, di usapnya lembut sambil berkata:
"terima kasih..pandai adik.. moga jadi anak baik.."
saya yang mendengarnya turut sebak..Amin ya Allah...
Moga anak remaja ini juga akan menjadi anak solehah.
.
:
Anak remaja tersebut beredar ke meja sebelah dan meminta derma seperti tadi juga. Namun tidak dilayan oleh keluarga tersebut.
Mereka terus berbual dan makan.. Anak remaja itu berlalu dari meja itu.
Tiba-tiba...Amirah bersuara...
.
:
Janganlah kedekut!!! Sedekah la! Derma lah sedikit!
.
:
Allah...serba salah saya. Dengan segera saya menarik Amirah dan menegurnya..
Kakak, Alhamdulillah.. kakak dah sedekah. bagus sayang. Tapi kakak, kalau orang lain taknak sedekah, jangan marah. Takpe..derma kena ikhlas sayang..
Salah seorang anak dewasa keluarga itu memandang Amirah dan tersenyum saat saya menegurnya. Maaf ye kata saya pada pemuda itu.
.
:
Tapi ibu, kan sedekah tu amalan baik. Kita kena tolong anak yatim, orang susah. Sedikit pun takpe la. Harta kita kena kongsi.
Betul kakak.. Tapi sedekah tu tak wajib. Tak boleh paksa-paksa. Kena ikhlas dari hati. Kalau orang lain taknak sedekah sekarang, mungkin kerana dia takde duit. Nanti-nanti dia mampu dia sedekah la. Kita doakan ye.
.
:
Macam tu ye ibu..okay..
Lalu dia meneruskan makan..
-----------------------------------
Stigma kebanyakkan dari kita kan, jika anak kecil yang meminta sedekah, mesti sindiket. Pada saya jika sindiket pun bagilah sedekah sedikit wang syiling. Kecian ank-anak ni..jika pulang tanpa hasil mereka akan di dera, tidak diberi makan..
Bersedekahlah..tiada ruginya..harta kita makin bertambah adalah..
.
:
Facebook | Instagram
Read N Craft House
@rumahkurezekiku
#alquran
#homeschool
#quranichomeschooling
#jomtadabbur
#streetschooling
0 comments:
Post a Comment