Fuhhhh..mmg dahsyat kemeriahan gr0up HS. Belum usianya seminggu dah padat denngan macam- macam idea & pers0alan.
Dan yang paling kerap saya baca ialah ibu-ibu nak ajar anak mengenali & membaca al-Quran, tapi tak tahu bagaimana nak mula...
jika saya yang di tanya, jawapan saya ialah mulakan SEKARANG tidak kira usia anak dah berapa bulan atau tahun.
nak mula bagaimana? saya rasa dah overload rakan-rakan berkongsi cara. baik yang perkenalkan guna flashkad dahulu atau kalimah terus.
ingin saya kongsikan bagaimana saya mula mengajar Amirah mengaji. Saya start bagi Amirah flashkad huruf berbaris masa dah 6-7 bulan rasanya. ketika itu saya tidak konsisten ajarnya kerana bekerja. ajar pun gitu-gitu ja. tiada niat lagi serius mahu anak pandai mengaji di awal usia. ianya berlarutan sehingga Amirah 2 tahun lebih.
Pada suatu hari, takdir Allah saya terbaca blog puan lina karim. saya kagum dengan anaknya darwin darwisha. terdetik di hati.. ya Allah betapa aku telah mensia-siakan waktu mu. Aku ingin anakku seperti darwin darwisha agar sekurang-kurangnya, jika aku mati di awal usia, akan ada d0a dan sedekah al-fatihah dari anakku sendiri. ini kerana anak yang s0leh s0lehah adalah antara harta yang berpanjangan ganjaran pahalanya.
Saya tersedar...
Saya perlu mula sekarang jika mahu anak pandai mengaji dan membaca di awal usia. saya rancang matlamat, saya pasang niat.
lebih kurang 1 bulan sebelum saya tamat k0ntrak kerja, saya beli set buku bacalah anakku dan set mengaji al furqan.
saya belajar dahulu tentang set ini. bagaimana nak guna, bagaimana nak mengajar dengan berkesan.
saya dapati buku al furqan satu bermula dengan mengajar huruf-huruf mesra sebutan bayi seperti ma, ba, da, a..
Alhamdulillah..huruf-huruf ni Amirah dah kenal melalui flashkad dan lagu-lagu yang sering saya pasangkan. Saya juga bertuah kerana taska Amirah taska yang ada jadual belajar. muadibbah nya sangat bagus. walaupun taskanya untuk anak-anak 2 bulan hingga 3 tahun, tetapi penuh dengan aktiviti dan sesi belajar. Amirah dan rakan-rakannya telah di ajar huruf-huruf berbaris atas.
Maka sesi mengajar saya di awal sangat mudah. lancar dan laju..
huruf baris fathah Amirah pass dengan jayanya dalam masa yg singkat..
cabaran mula bermula bila belajar huruf baris bawah (kasrah).....
bersambung....
- Blogger Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment