KISAH TADABBUR AMIRAH : ZARAH DAN AT0M..

QURANIC HS ACTIVITY TODAY : ZARAH & PERUBAHAN AIR PART 1
‪#‎throwback‬
------------------------------------------
Alhamdulillah... tamat dah Amirah menghafaz surah Ash-Sharah (Al-Inshirah) semalam.
Hari ini masuk bacaan dan hafazan surah baru. Macam biasa Amirah yang buat pilihan dan dia memilih surah Al-Zalzalah..
.
:
Kenapa kakak pilih surah Al-Zalzalah?
Sebab kakak tengok gambar-gambar dia tentang kemusnahan Bumi. Macam dalam surah Al-Qari’ah. Kakak nak tahu lagi tentang hari kiamat
Alhamdlillah...okay.. Jom kita tadabbur dulu dengan surah baru ni ye....
Maka kami pun bertadabbur bersama surah Al-Zalzalah..
Sehinggalah sampai ke ayat akhir, 7 dan 8..
.
:
Ibu, apa tu zarah?
Zarah tu atom. Partikel paling kecil dalam sesuatu benda. Sangat-sangat halus dan tak boleh nampak dengan mata secara terus. Zarah-zarah ni bila dah banyak-banyak, bercantum jadi molekul. Saiz dia besar cikit. Molekul-molekul pula bila bergabung jadi jirim yang lagi besar.. faham tak?
Tak..katanya sambil senyum kambing..hihi
.
:
Tu semua istilah sains kakak. Nanti kakak dah besar kakak faham.
Emm..hah..kat sini kan ada tulis. Zarah tu macam debu. Tak boleh nampak dengan cara biasa-biasa. Bawah matahari terik baru nampak.
Tapi dalam surah ni, Allah nak nyatakan perumpamaan tentang amalan kita dengan zarah.
Kalau kita buat amal kebaikan walaupun kecil je, macam tolong alihkan ampai baju tadi. Nampak biasa je kan, mudah je, ringan je kerjanya kan. Tapi Allah tetap kira, Allah bagi pahala.
Sama juga dengan amal buruk kalau kita buat. Contohnya kita lalu dekat pokok, kita saja je patah-patahkan dahan dia.
Baik ke tak macam tu? Tak ibu.. Kecian pokok, sakit.
Tau pun. Macam tu pun Allah kira tau, Allah bagi dosa.
.
:
Itu lah maksudnya dalam ayat ni... zarah tu benda yang paling kecil dalam dunia. Sangat-sangat ringan, kita tak boleh nampak.
Begitu juga amalan kita. Walaupun sangat ringan, seberat zarah je, tapi Allah nampak, Allah kira.. Sebab Allah Maha Melihat, Allah Maha Menghitung.
Yang ni faham tak?
Faham.. kalau kita buat baik sikit-sikit, lama-lama jadi la banyakkan. Berat.
Betul..Bila berat amalan kebaikan baru la ”Fi i’shatin radhiah” kan..
Sambil saya buat mimik muka tersenyum gembira..
----------------------------------------
Bagi menambah kefahaman Amirah tentang zarah dan molekul, saya rancang untuk buat eksperimen perubahan air.
Tunggu ye untuk next post buat eksperimen pula.

‪#‎quranichomeschooling‬
SHARE

Hanizah Aziz

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment